« Kembali
Solat
Solat
Author: -
ISBN/ISSN: 978-967-5275-23-4
Diskripsi
Ibadat solat sangat dituntut dalam Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ia membezakan antara Muslim dan kafir. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain." Balasan bagi orang meninggalkan solat ialah neraka. Allah berfirman: Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat." Surah al-Muddaththir, 74:42-43. Semoga petikan hadis dan ayat al-Quran ini dapat membuat kita terpanggil untuk tidak meremehkan solat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. MARILAH BERSOLAT. MARILAH MENUJU KEJAYAAN!