ISLAM Dan Melayu: Martabat Umat Dan Daulat Rakyat

ISBN/ISSN: 9789671111000
Penulis: Dato' Dr. Siddiq Fadzil

Buku ISLAM Dan MELAYU: Martabat Umat dan Daulat Rakyat ini perlu menjadi koleksi anda sebagai membuka pandangan pembaca berkaitan usaha membina watak bangsa yang agung di tengah perbincangan bangsa begitu hangat dibicarakan.

Buku ini menyerlahkan peranan islam dalam pembentukan jati diri, pandangan sarwa dan etos Melayu. Mengungkap sumbangan besar Islam kepada umat Melayu sehingga tanpa Islam, Melayu kehilangan segala-galanya. Justeru, Islamlah yang telah mengangkat daulat keinsanan mereka pada masa lalu, dan Islamlah yang menentukan martabat mereka pada masa mendatang.

Perjuangan pemberdayaan bangsa harus berpaksi kepada konsep al-'izzah, kurnia keunggulan dari Allah kepada umat yang memenuhisyarat ketulenan iman.Keungulan hakiki ini hanya dapat diraih lewat agenda pembinaan watak bangsa berasaskan nilai kemakrufan. Untuk itu bangsa harus kembali mengakar pada tradisi Islaminya, di samping menyesuaikan diri seperlunya dengan realiti kini dan nanti.

US$22.00

Kuantiti:

Sampel kandungan

Senarai Pembelian

Tiada item di dalam senarai

Jumlah buku: 0 buah

Pengumuman

Mengenai Arasmega (M) Sdn. Bhd.

Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) telah diperbadankan pada 11 September 1987. Syarikat ini beroperasi sepenuhnya di alamat No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Baca lanjut


Jumlah hit sejak dilancarkan: 431446

2013 © Aras Mega Sdn. Bhd. Developed by Flavert Media Lab. Payment Gateway powered by MOLPay