Profil Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

Latarbelakang Aras Mega

Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) telah diperbadankan pada 11 September 1987. Syarikat ini beroperasi sepenuhnya di alamat No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

AMSB adalah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, serta merupakan ahli Ikatan Penerbit Bumiputera Nasional (IKATAN) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

Pada peringkat awal, AMSB menumpukan seluruh usahanya dalam penerbitan buku-buku prasekolah sahaja. Namun, setelah lebih 20 tahun beroperasi, syarikat ini mengorak langkah dengan lebih jauh dengan menerbitkan buku teks KBSR dan KBSM, buku dan majalah kanak-kanak, di samping buku-buku bacaan umum.

AMSB sangat komited dalam menghasilkan bahan bacaan bermutu dan mempunyai pengisian yang dapat membantu perkembangan minda dan sahsiah para pembaca, terutamanya kanak-kanak.

Sejajar dengan perkembangan era globalisasi dan kecanggihan ICT, AMSB turut mengambil peluang itu dengan mengadakan usahasama dengan syarikat penerbitan di Indonesia untuk mempelbagaikan lagi hasil penerbitan.

Pengalaman Aras Mega

AMSB mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam penerbitan dan pembekalan buku kepada agensi kerajaan dan koperasi, sekolah serta badan swasta. Di antaranya adalah:

  1. Menerbit dan membekal buku-buku dan majalah (Aulad, Celik, Mahir) terbitan sendiri ke seluruh negara.
  2. Menerbit dan membekal buku-buku untuk Kementerian Pelajaran Malaysia:
    1. Buku teks Mathematics Year 3 ke seluruh negeri-negeri Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.
    2. Buku teks English for Remove Class ke seluruh negara.
    3. Buku teks Physics Form 5 ke seluruh negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sarawak dan Sabah.
    4. Modul Pembelajaran Vokasional: Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4 ke seluruh negara.
    5. Buku teks Bahasa Arab Tingkatan 2 ke seluruh negara.
  3. Menerbit dan membekal buku-buku Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor.
  4. Untuk Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad:
    1. Menerbit dan membekalkan buku Seronoknya Mewarna I Nuri, buku Fun and Play with Nuri.
    2. Menghasilkan konsep dan idea bagi tabung simpanan, maskot produk, bunting, banner dan poster.
  5. Menerbit, mencetak dan membekalkan buku Seronoknya Mewarna Putrajaya (Kitar Semula Tanggungjawab Bersama) kepada Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya.
  6. Membekalkan buku-buku kepada Jabatan Landskap, Perbadanan Putrajaya.
Senarai Pembelian

Tiada item di dalam senarai

Jumlah buku: 0 buah

Pengumuman

Mengenai Arasmega (M) Sdn. Bhd.

Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) telah diperbadankan pada 11 September 1987. Syarikat ini beroperasi sepenuhnya di alamat No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Baca lanjut


Jumlah hit sejak dilancarkan: 431446

2013 © Aras Mega Sdn. Bhd. Developed by Flavert Media Lab. Payment Gateway powered by MOLPay