CABARAN DAKWAH 25 RASUL

Penulis: Mohamed Sabir Jamaludin

KENALI PENULIS

Mohamed Sabir bin Jamaluddin telah dilahirkan di Taiping, Perak pada 26 April 1974. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Ususluddin dari Universiti Malaya dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di universiti yang sama.

Dari bidang kejuruteraan beliau mengorak langkah menyambung pengajian Islam dalam bidang Syariah dan Usuluddin. Beliau juga giat menyampaikan dakwah di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan dan juga negeri-negeri lain. Beliau juga merupakan tenaga pensyarah sambilan di Universiti Putra Malaysia dan pernah menjadi tenaga pengajar di Pusat Giat Mara.

Image

Hayati kisah para Rasul dan rasai denyut nadi perjuangan mereka

FAKTA TEPAT & BENAR

Semua kisah adalah berdasarkan fakta yang tepat dan benar

 

KISAH DAKWAH

Menghimpunkan kisah dakwah dan perjuangan rasul

 
Image
 

RINGKAS, PADAT & MUDAH DIFAHAMI

Pengisian yang cukup ringkas, padat dan mudah difahami

 

SUMBER AL-QURAN

Menjadikan al-Quran sebagai sumber utama


Buku CABARAN DAKWAH 25 RASUL ini ditulis sebagai satu pendekatan kepada masyarakat dalam menghayati kisah-kisah cabaran yang dilalui oleh 25 rasul yang wajib diketahui bermula dari kisah Nabi Adam sehinggalah nabi yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W.

Gaya penulisan yang ringkas dan padat membantu para pembaca untuk lebih mudah memahami setiap intipati yang cuba disampaikan oleh penulis.

Tambahan pula, penulis mengambil al-Quran sebagai sumber rujukan yang utama bagi mengelakkan percampuran kisah-kisah israilliyat yang melampau dalam kisah para rasul.

"Keunikan buku ini terletak pada gaya penulisannya yang lebih mudah difahami dan al-Quran sebagai sumber rujukan yang utama."

-Mohamed Sabir Jamaludin