BERMINAT NAK MAIN I-ECO?

Klik link dibawah untuk membeli

Beli I-ECO

I-ECO; PERMAINAN CELIK KEWANGAN

Berdasarkan prinsip-prinsip muamalat Islam

Sistem kewangan yang diguna pakai secara meluas diseluruh dunia hari ini mengalami kepincangan yang teruk. Akibatnya dapat dilihat dengan masalah ekonomi global hari ini. Ekonomi sesuatu negara boleh tergugat dengan spekulasi semata-mata. Selain itu sistem ini mengamalkan riba yang akan menindas sesuatu pihak.

Sistem kewangan dan muamalat Islam menolak elemen riba dan penindasan dalam urus niaga. I-ECO merupakan satu produk baru dipasaran permainan kewangan. Tidak seperti permainan lain yang berpaksikan sistem kewangan konvensional, I-ECO menggunakan prinsip-prinsip kewangan dan muamalat Islam yang memenuhi tujuan syariat (Maqasid Syariah).

Jika permainan kewangan lain berteraskan siapa yang dapat memonopoli sesuatu industri, I-ECO menerapkan elemen rakan kongsi dalam peraturan permainannya sejajar dengan prinsip dalam kewangan Islam yang menolak pihak yang memonopoli sesuatu perniagaan.

Pencipta I-ECO
Ustaz Wan Ali Akbar
Pemenang Pingat Emas Anugerah Guru Inovatif 2014

KEWANGAN ISLAM

Permainan yang berasaskan prinsip-prinsip kewangan dan muamalat Islam

Anti Monopoli

Permainan ini menerapkan konsep rakan kongsi yang menolak sistem monopoli kapitalis

Gadaian vs Hutang

Memahami perbezaan antara gadaian dan hutang.

Aktiviti

Sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Sesuai untuk bermain dirumah dan dijadikan aktiviti keluarga, sekolah dan sebagainya.

 
 
 
 
 
 

SITI KHADIJAH & RASULULLAH

Siti Khadijah telah menawarkan kepada Rasulullah untuk membawa barang dagangannya ke Syam untuk dijual dan hasil keuntungan dibahagikan mengikut peratusan yang dipersetujui. Ini adalah contoh sistem rakan kongsi yang berkesan dimana Siti Khadijah mempunyai modal dan Rasulullah mempunyai kepakaran berniaga.

BERMINAT NAK MAIN I-ECO?

Klik link dibawah untuk membeli