amsb

Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) telah diperbadankan pada 11 September 1987. Syarikat ini beroperasi sepenuhnya di alamat No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

AMSB adalah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, serta merupakan ahli Ikatan Penerbit Bumiputera Nasional (IKATAN) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

Pada peringkat awal, AMSB menumpukan seluruh usahanya dalam penerbitan buku-buku prasekolah sahaja. Namun, setelah lebih 20 tahun beroperasi, syarikat ini mengorak langkah dengan lebih jauh dengan menerbitkan buku teks KBSR dan KBSM, buku dan majalah kanak-kanak, di samping buku-buku bacaan umum.

AMSB sangat komited dalam menghasilkan bahan bacaan bermutu dan mempunyai pengisian yang dapat membantu perkembangan minda dan sahsiah para pembaca, terutamanya kanak-kanak.

Sejajar dengan perkembangan era globalisasi dan kecanggihan ICT, AMSB turut mengambil peluang itu dengan mengadakan usahasama dengan syarikat penerbitan di Indonesia untuk mempelbagaikan lagi hasil penerbitan.