Majlis Pelancaran Ensikolpedia Kejuruteraan Alam Melayu

Pelancaran EKAM

BANGI – Pada 2 Oktober 2015, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Aras Mega (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan majlis pelancaran buku Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu di Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.
Bacaan doa oleh Ustaz Zaidi Hassan memulakan majlis, sekitar jam 4.00 petang. Majlis kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh ketua editor, Prof. Madya Mariyam Jameelah Ghazali dan ucapan pelancaran buku oleh Pro-Canselor UKM, Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Dalam ucapan beliau, Y. A. Bhg. Tun Ahmad Sarji memuji usaha pengumpulan maklumat dalam sebuah ensiklopedia kerana ia menjadi bukti kebijaksanaan orang Melayu dalam pelbagai bidang selain dapat dikongsikan kepada orang Melayu, khususnya generasi muda. Tambah beliau lagi, “Buku ini secara jelas memperlihatkan orang Melayu amat akrab dengan alam semula jadi. Sebagai contoh, keindahan alam ditrasfigurasi menjadi reka corak dalam bidang seni ukir.”

Seterusnya, majlis bicara buku yang disempurnakan oleh Prof. Dr. Noriah Mohamed yang membicarakan serba sedikit tentang kandungan buku Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu.

Buku ini merupakan buku terbitan Aras Mega (M) Sdn. Bhd. yang melibatkan 29 orang penulis yang juga merupakan pensyarah di UKM. Selain menjalankan kerja-kerja penyelidikan, penulis-penulis juga turut melakukan kerja kursus lapangan. Enam tema telah dipilih iaitu: Pemikiran, Agraria, Seni Bina & Pertukangan, Seni Kreatif, Bela Diri & Pertahanan dan Pengangkutan.
Mungkin ramai yang beranggapan buku ini sesuai bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang kejuruteraan, tetapi buku ini sebenarnya sarat dengan aspek-aspek kebudayaan. Sebagai contoh, pembinaan rumah tradisi orang Melayu adalah berkaki tinggi bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan ancaman binatang buas.

Majlis ini turut dihadiri oleh para penulis, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Industri Masyarakat UKM, Prof. Dr. Imran Ho Abdullah dan Orang Besar Aceh, PSB DYMM Tuanku Muhammad.

Untuk membeli Ensiklopedia ini, anda boleh klik butang dibawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *