Akhlak Rasulullah

RM165.00 RM150.00

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan insan yang paling mulia. Baginda adalah “uswatun hasanah” yakni teladan yang baik yang mesti diikuti oleh semua manusia. Akhlak baginda adalah al-Quran. Baginda akan melakukan semua perkara yang dituntut di dalam al-Quran dan meninggalkan segala perkara yang dilarang.

Ketinggian dan kemuliaan akhlak baginda turut Allah nyatakan dalam surah al- Qalam, ayat 4 yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” Ketinggian akhlak Rasulullah s.a.w. terpancar daripada kata-kata dan perbuatan baginda.

Keindahan keperibadiannya tidak terjangkau oleh ahli fikir serta bijak pandai. pastinya manusia tidak mampu untuk mengungkapkan keindahan yang terangkum di dalam kesempurnaan. Jika kita sayang pada Rasulullah s.a.w., marilah kita ikuti akhlak baginda. ayuhlah kita ikuti sunnah kekasih Allah S.W.T. ini.

Kuantiti:
Categories: ,