HiJAAQ – Formula Mudah Sambung Huruf Jawi

RM20.00

Kaedah pembelajaran Jawi yang terbukti berkesan dan dapat membantu anak-anak membaca al-Quran dengan lebih cepat.

Pencipta: Ustazah Jumisara
Umur: 6 ke atas (Lebih berkesan untuk kanak-kanak yang sudah boleh membaca dalam rumi)

Mahukan Hari Ini?
Beli online & ambil di Pejabat Aras Mega! (Self Pickup)
Isnin - Jumaat: 10am - 5pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Kuantiti:

Satu Inovasi yang dinanti-nantikan dalam dunia Pendidikan Jawi, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. HiJAAQ membantu pelajar mengenal, menulis dan menyambung huruf hijaiyyah dan jawi, mengeja perkataan, dan menukar huruf jawi ke rumi dan huruf rumi ke jawi.

Inovasi ini dihasilkan oleh Pn. Jumisara Binti Chamili yang merupakan guru cemerlang pendidikan Islam, pemenang anugerah pingat perak untuk Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik.

Gabungan inovasi Pn. Jumisara dan kepakaran penerbitan Aras Mega (M) Sdn Bhd, terhasil apa yang dipanggil set HiJAAQ. Set HiJAAQ sangat mudah digunakan. Formulanya sangat mudah untuk difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar bermula dari peringkat pra-sekolah.

Membantu mengenal huruf hijayyah

Kad imbasan HiJAAQ akan membantu pelajar mengenal huruf-huruf hijayaah dan sekali gus dapat membantu dalam pembacaan al-Quran.

Belajar mengeja jawi dengan betul

Set HiJAAQ membantu pelajar belajar mengeja jawi dengan cepat dan tepat menggunakan kaedah menukarkan ejaan dari rumi ke jawi.