Hadiah terbaik untuk anak anda

Buku cerita bergambar kanak-kanak

 
 

Profesor Mama

Disaat lahir anak akan diazan dan diqamatkan dikedua-dua telinga mereka. Kemudian dididik dengan asuhan yang penuh dengan kasih sayang.

Sampai diperingkat remaja, anak-anak mula terdedah dengan dunia luar. Pelbagai masalah mula timbul.

Dimana silapnya?

Kita lupa untuk menjadikan diri kita (ibu bapa) sebagai role model pada anak kita. Hero mereka semasa kecil adalah karakter superhero dikaca tv.

Bila meningkat remaja, superhero diganti dengan artis-artis yang tidak senonoh kelakuannya. Mereka tidak biasa memandang tinggi pada ibu bapa.

Kita lah yang sepatutnya menjadi superhero anak kita.

Dengan segala masalah sosial yang semakin meningkat, Buku Profesor Mama cuba menengahkan ibu sebagai hero atau contoh kepada anak-anak, bukan menjadik karakter-karakter superhero atau artis sebagai sumber ikutan.

Buku ini dipenuhi dengan mesej-mesej moral yang baik sebagai didikan awal kanak-kanak. Karakter Iman dan Nani yang memandang tinggi mama mereka diharap dapat menjadi sumber inspirasi anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai hero mereka.

 

Cetakan berkualiti

Dicetak menggunakan mesin cetak digital (digital printer) untuk menghasilkan warna yang jelas dan menarik.

Sesuai untuk umur 4-7 tahun

Boleh dijadikan hadiah untuk anak-anak berumur 4-7 tahun.

Nilai murni

Padat dengan nilai-nilai murni yang mampu membantu mendidik anak-anak.

Lelaki & perempuan

Kisah dan karakter yang ditonjolkan sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Dapatkan Sekarang!

Hanya RM 15.90 Senaskah

Mama Naik Pangkat

Dapatkan Sekarang!

Mama menganggap dirinya tidak layak digelar sebagai profesor. Namun Iman dan Nani tetap berkeras. Apakah usaha Iman dan Nani untuk meyakinkan Mama agar menerima gelaran tersebut?

Surat Khabar Lama

Dapatkan Sekarang!

Selain daripada dijual, banyak sebenarnya yang boleh dilakukan dengan surat khabar lama. Mari kita ikuti kisah Profesor Mama bersama Iman dan Nani menggunakan surat khabar lama sebagai hiasan.

Baju Bundle

Dapatkan Sekarang!

Banyaknya baju Iman dan Nani! Semuanya tidak dipakai lagi. Apa yang mereka perlu buat? Profesor Mama datang membantu tetapi, baju masih berbaki. Ikuti kisah bagaimana Profesor Mama, Iman dan Nani menyelesaikan masalah mereka.

Denggi

Dapatkan Sekarang!

Pulang dari menziarahi jiran yang dijangkiti demam denggi, Profesor Mama, Iman dan Nani membersihkan rumah mereka. Mereka tidak mahu ahli keluarga pula yang terkena jangkitan. Namun, malang tidak berbau. Iman telah disahkan dijangkiti demam denggi. Profesor Mama dan Nani pelik. Macam mana pula Iman boleh terkena jangkitan sedangkan mereka baru sahaja membersihkan kawasan rumah. Ini yang menjadi persoalan. Profesor Mam dan Nani cuba merungkainya.

Telur Tembelang

Dapatkan Sekarang!

Hajat Iman dan Nani untuk membela anak ayam disampaikan kepada Profesor Mama. Belumpun Profesor Mama memberitahu kata putus, Iman dan Nani terbau sesuatu yang pelik. Apakah bau yang pelik itu? Betul ke bau yang pelik itu datangnya dari Iman?

Kuih Mama

Dapatkan Sekarang!

Iman dan Nani tidak suka kuih yang Profesor Mama buat. Mereka meminta makanan segera. Namun pada hari kantin sekolah, mereka membeli kuih talam dan menyukainya. Mereka tertanya-tanya siapakah gerangan yang membuat kuih talam tersebut?

Set Buku Profesor Mama

Dapatkan kesemua 6 buku Profesor Mama bersama Iman dan Nani untuk harga diskaun sebanyak 20%!

Dapatkan Sekarang (Diskaun 20%)

Hak milik terpelihara © 2017 Aras Mega (M) Sdn Bhd